Selasa, 21 Jun 2011

akhirnya

SETELAH sekian lama, akhirnya saya sudah berjaya menyiapkan cerpen yang diinggini. oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pensyarah dan juga teman-teman yang telah memberikan pertolongan sehingga berjayanya saya menyiapkan cerpen ini.

kekasih

Akan kupintal buih-buih

menjadi tali

mengikatmu


akan kuanyam gelombang-gelombang

menjadi hamparan

ranjang tidurmu


akan kutenun awan-gemawan

menjadi selendang

menudungi rambutmu


akan kujahit bayu gunung

menjadi baju

pakaian malammu


akan kupetik bintang timur

menjadi kerongsang

menyinari dadamu


akan kujolok bulan gerhana

menjadi lampu

menyuluhi rindu


akan kurebahkan matari

menjadi laut malammu

menghirup sakar madumu


Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti

dengan syurga ilusi.


usman awang

Jumaat, 17 Jun 2011

Sedikit Fakta

Dr. Mawar Shafei

Sedikit fakta yang ingin saya kongsikan ialah mengenai seorang pengarang ini

Nama : Mawar Binti Shafei

Pendidikan awal : Bermula di Singapura dan Johor

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura (2006)

Penglibatan : Pengulas cerpen Dewan Siswasejak 2007 hingga kini

Karya : Bagaimana Saya Menulis(bersama Nisah Haron, DBP, 2011), Novel Intertekstual Melayu (UKM, 2010) dan Kreativiti Minda Melayu-Jawa (UKM, 2009), Zel (1998), Montaj II (2002) dan Masitah(2007)

Pengiktirafan : Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1994, 1995, 1996, 1998, 1999, 2008, 2009), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 2004/05, 2008/09) dan Hadiah Sastera Darul Takzim (1999, 2003, 2005, 2009)

Kerjaya : Profesor Madya dan Ketua Program (2007-2012) di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial, UKM

*rujukan daripada blogspot.

Rabu, 15 Jun 2011

Sedikit Fakta








Sedikit fakta mengenai pengarang ini yang ingin saya kongsikan.

Nama : Abd. Rahman bin Che Mat

Nama Pena/Samaran : A. Rahman C.M.

Gelaran/Anugerah : Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 – Kategori Cerpen

Tarikh Lahir : 20 Januari 1943

Tempat Lahir : Kuala Terengganu

Bidang Penulisan : Novel, cerpen, skrip drama filem/TV/radio, esei dan kritikan

Hasil Karya :
  1. Novel: Nurani (1980), Kumpulan Cerpen Perseorangan: Surat dari Penjara (1979) dan Potret Hati (1981), NovelRemaja: Bercuti Bersama Nenek (1982) dan Orang-orang Berbaju Hijau (1984), Antologi
  2. Cerpen: Sahabat (“Sebuah Pinis”), Cerpen Malaysia Selepas Perang Dunia ke-2 (“BarangAntik”), Mawar Merah (Mawar Merah) dan Menunggu Tetamu (“Resah”)

Selasa, 14 Jun 2011

Nafi

Nafi itu ada tiga martabat iaitu martabat nafi orang mubtadi, martabat nafi orang mutawasid, dan martabat nafi orang muntaha.Nafi bagi orang yang bermartabat mubtadi ialah menafikan ada sifat Tuhan yang lain selain Allah. Maka nafi ini ternyata batal kerana menafikan sesuatu yang tiada, yang mustahil wujudnya. Sesuatu yang tiada tidak memerlukan nafi kerana memang sudah sedia nafi. Jadi kesimpulannya, tidak ada faedah nafi. Nafi bagi orang yang bermartabat mutawasid pula ialah menafikan perasaan syak dan ragu-ragu terhadap sifat keTuhanan yang ada pada makhluk sebagaimana sangkaan orang awam bahawa ada pada makhluk kuasa memerintah umpama raja-raja dan mereka menyangka bahawa makhluk itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Nafi bagi orang yang bermartabat muntaha ialah menafikan kewujudan dirinya. Hanya sifat sahaja yang zahir pada makhluk sebagai tempat kezahiran sifat Tuhan yang ada pada hamba. Kewujudan kita ini umpama bayang-bayang yang menunjukan wujudnya Allah.

Jumaat, 10 Jun 2011

Nafi Dan Isbat

hari ini masa terus berjalan mengikut percaturan yang telah ditetapkan. masa yang bertambah meningkatkan lagi usia saya yang remaja ini. namun kini saya menyedari akan kurangnya ilmu yang terdapat dalam diri ini. begitu daif dan jahilnya tentang ilmu agama. sehingga lagu yang setelah sekian lama saya dengari membawa mesej yang amat bermakna tetapi tidak sedar akan makna yang terkandung di dalamnya. lirik lagu "sufi" yang dinyanyikan kumpulan damasutra ada membawa pengertian yang amat mendalam. tidak dapat diungkapkan dengan sebarangan. kefahaman tentang agama yang mendalam amat diperlukan untuk menafsirkan makna dan mesej yang disampaikan. saya yang masih mencari akan makna "nafi dan isbat" dengan melayari laman-laman sesawang tertentu tetap berada dalam kebinggunggan. pelbagai tafsiran diberikan. namun apa yang dapat saya simpulkan ialah "nafi dan isbat" berkait rapat dengan kalimah syahadah. saya hanya dapat memberi sedikit kesimpulan tersebut daripada beberapa sumber yang berkaitan. namun untuk memberikan definisi yang jelas berkaitan dengan "nafi dan isbat" adalah jauh sekali kerana ilmu yang ada masih belum mencukupi.

kepada para pembaca yang ingin melontarkan atau berkongsi ilmu terhadap makna "nafi dan isbat" amatlah dialu-alukan.

Isnin, 6 Jun 2011

Lirik Lagu (Damasutra-Sufi)

Sufi selangkah tirai kasihmu kubuka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah dihina kau tak berubah


Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan


Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah

Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah dihina kau tak berubah

Video


damasutra-sufi

Isnin, 30 Mei 2011

Luahan Perasaan(2)

hari ini seakan mendung menghiasi sekeliling kawasan kediaman. bermula dari pagi hujan renyai-renyai yang turun membasahi permukaan bumi. indah sungguh ketentuan bagi diri aku kerana sempat merasa nikmat yang sebegitu. sedangkan orang lain mungkin berusaha untuk keluar dari gelombang kepayahan. aku di sini masih mampu mengukir senyuman yang indah pada hari ini. akhbar-akhbar atas talian yang dibaca telah menunjukkan beberapa kesusahan yang dialami oleh orang lain sehingga ada yang kehilangan nyawa, cedera dan banyak lagi kesusahan lain. aku di sini masih lagi diberikan nikmat untuk terus menghayati keindahan di atas muka bumi ini.

Rabu, 4 Mei 2011

Luahan Perasaan(1)

rabu-4 mei 2011, minggu pertama bermulanya semester tiga sesi 2010/2011. perasaan yang bercampur terus menyelubungi diri kerana tekanan daripada tidak sempat untuk pulang ke kampung untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga. walaupun begitu, kelas perlu dihadiri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada pensyarah. setiap semester baru bermula maka titik pertemuan yang berbeza dapat dirasai. bukan sahaja dengan pensyarah tetapi juga antara sesetengah pelajar di dalam kelas tersebut.