Selasa, 14 Jun 2011

Nafi

Nafi itu ada tiga martabat iaitu martabat nafi orang mubtadi, martabat nafi orang mutawasid, dan martabat nafi orang muntaha.Nafi bagi orang yang bermartabat mubtadi ialah menafikan ada sifat Tuhan yang lain selain Allah. Maka nafi ini ternyata batal kerana menafikan sesuatu yang tiada, yang mustahil wujudnya. Sesuatu yang tiada tidak memerlukan nafi kerana memang sudah sedia nafi. Jadi kesimpulannya, tidak ada faedah nafi. Nafi bagi orang yang bermartabat mutawasid pula ialah menafikan perasaan syak dan ragu-ragu terhadap sifat keTuhanan yang ada pada makhluk sebagaimana sangkaan orang awam bahawa ada pada makhluk kuasa memerintah umpama raja-raja dan mereka menyangka bahawa makhluk itu boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Nafi bagi orang yang bermartabat muntaha ialah menafikan kewujudan dirinya. Hanya sifat sahaja yang zahir pada makhluk sebagai tempat kezahiran sifat Tuhan yang ada pada hamba. Kewujudan kita ini umpama bayang-bayang yang menunjukan wujudnya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan