Jumaat, 10 Jun 2011

Nafi Dan Isbat

hari ini masa terus berjalan mengikut percaturan yang telah ditetapkan. masa yang bertambah meningkatkan lagi usia saya yang remaja ini. namun kini saya menyedari akan kurangnya ilmu yang terdapat dalam diri ini. begitu daif dan jahilnya tentang ilmu agama. sehingga lagu yang setelah sekian lama saya dengari membawa mesej yang amat bermakna tetapi tidak sedar akan makna yang terkandung di dalamnya. lirik lagu "sufi" yang dinyanyikan kumpulan damasutra ada membawa pengertian yang amat mendalam. tidak dapat diungkapkan dengan sebarangan. kefahaman tentang agama yang mendalam amat diperlukan untuk menafsirkan makna dan mesej yang disampaikan. saya yang masih mencari akan makna "nafi dan isbat" dengan melayari laman-laman sesawang tertentu tetap berada dalam kebinggunggan. pelbagai tafsiran diberikan. namun apa yang dapat saya simpulkan ialah "nafi dan isbat" berkait rapat dengan kalimah syahadah. saya hanya dapat memberi sedikit kesimpulan tersebut daripada beberapa sumber yang berkaitan. namun untuk memberikan definisi yang jelas berkaitan dengan "nafi dan isbat" adalah jauh sekali kerana ilmu yang ada masih belum mencukupi.

kepada para pembaca yang ingin melontarkan atau berkongsi ilmu terhadap makna "nafi dan isbat" amatlah dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan